Koperasi sedang menjual satu produk baru iaitu Miracle Oil Adsorbent, sejenis span pnyerap minyak. Sebagai langkah menyelamatkan alam sekitar, kumpulan RnD (Research and Development) SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin telah melakukan kajian terhadap kulit udang. Kulit udang ini diambil daripada pembuangan di dewan makan dan kantin sekolah bagi mengelakkan masalah pembuangan kulit udang. Melalui kajian ini, kulit udang didapati dapat menyerap minyak. Oleh itu, kami telah mengeluarkan satu span bersama-sama serbuk kulit udang ini untuk menyerap minyak di permukaan pinggan mangkuk dan mengelakkan penyaluran minyak ke dalam longkang dan sinki.
Pembelian boleh dilakukan terus di koperasi SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin atau melaui talian ini. Harga produk ialah RM2.50 seunit.
Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar demi generasi akan datang.