Ice blended dijual dengan harga RM 2.50. Produk ini hanyalah produk sampingan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan tambahan.
Koperasi SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Kerjasama di Bawah Satu Bumbung
Friday, April 26, 2013
Sejarah Penubuhan Koperasi Sekolah Men. Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Berhad
Koperasi Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Berhad telah didaftarkan pada 21 September 1987 di bawah Suruhanjaya Pembangunan Koperasi (SKM) Pulau Pinang, nombor pendaftaran Koop. Sek. 622. Koperasi yang mempunyai anggota seramai 688 orang termasuk guru dan pelajar ini telah beroperasi sejak 1987 lagi. Namun begitu, Koperasi SMS Tun Syed Sheh Shahabudin Bhd. tetap berusaha untuk menimba ilmu dan pengalaman untuk membantu para pelajar daripada pelbagai aspek seperti ilmu perakaunan dan pengurusan koperasi.
Koperasi SMS Tun Syed Sheh Shahabudin Bhd. telah dibina atas titik peluh dan pengorbanan beberapa orang guru dan pengawas koperasi yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Dengan membawa satu moto iaitu ' Kerjasama Di Bawah Satu Bumbung ' , ahli-ahli koperasi telah berkorban tenaga dan masa demi menjamin satu perkhidmatan yang baik kepada warga SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
Visi kami ialah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik di samping menjaga kepentingn dan keperluan warga sekolah.
Denagn berbekalkan visi ini, ahli-ahli koperasi telah berazam untuk berkhidmat demi kebaikan warga SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, terutamanya , dan koperasi sekolah. Kami juga menantikan saat untuk kami menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kami iaitu SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di persada negara.
Misi kami ialah menyediakan suatu perkhidmatan yang cemerlang untuk memenuhi hasrat , hala tuju dan matlamat sekolah ke arah mewujudkan sistem pengurusan , budaya kerja dan warga yang terbaik.
Dengan menjadikan misi ini sebagai objektif kami, kami telah menjadi lebih bersemangat untuk menjadikan koperasi kami lebih produktif dan berdaya saing sambil mengikut prinsip-prinsip yang telah dibekalkan oleh pihak ANGKASA. Seiring dengan matlamat kami, kami juga berharap agar usaha kami akan memberikan kebaikan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kepada SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,koperasi,dan pihak ANGKASA.
Untuk mencapai misi dan visi yang telah digariskan itu, maka seluruh warga sekolah ini perlu menggembleng segala usaha , tenaga, dan modal dan masa secara bersama.
Mengikut prinsip koperasi yang pertama iaitu ' Keanggotaan Sukarela dan Terbuka ', kami telah berusaha meningkatkan kualiti koperasi kami tanpa meminta sebarang komisen. Kami juga telah menggalakkan kemasukan ALK secara sukarela tanpa sebarang paksaan . Menikt prinsip koperasi kedua iaitu ' Kawalan Demokrasi oleh Anggota ' ,koperasi kami telah diurus oleh ALK yang dilantik oleh guru koperasi kami. Pentadbiran dalam koperasi kami diuruskan secara keputusan sebulat suara oleh semua ahli koperasi. Ini bertujuan mengajar ahli koperasi tentang kepentingan bekerjasama. Mengikut prinsip ketiga iaitu ' Penglibatan Ekonomi oleh Anggota ' , ahli kami banyak melibatkan diri dan telah diterap dalam bidang pengurusan dan perniagaan yang jujur. ' Autonomi dan Kebebasan ' merupakan prinsip yang keempat. Prinsip ini diamalkan oleh anggota koperasi kami dalam menjayakan sistem pengurusan koperasi supaya menjadikan koperasi ini sebuah entiti yang menjayakan prinsip keempat ini. Malah, prinsip koperasi yang kelima iaitu ' Pendidikan,Latihan, dan Maklumat ', ahli koperasi kami telah dilatih dan diberikan maklumat yang berguna kepada masa depan diri mereka sendiri dan koperasi. Ilmu-ilmu seperti ilmu pengurusan, ilmu kewangan, dan ilmu perakaunan amat diperlukan bagi melahirkan ahli-ahli koperasi berkemahiran, cekap serta jujur dalam bidang perniagaan. ' Bekerjasama Di Antara Koperasi ' merupakan prinsip keenam yang menjadi pegangan kami selaku ahli koperasi SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. Melalui prinsip ini, kami berikrar untuk mengeratkan lagi hubungan Koperasi SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Bhd. dengan koperasi sekolah-sekolah lain di seluruh negara. Dengan ini kami bukan sahaja dapat memperkenalkan koperasi kami tetapi juga dapat mengeratkan silaturahim antara koperasi-koperasi sekolah lain.

Tun Syed Chocolate ... :)
![]() |
Antara bahan utama yang digunakan untuk menyediakan Tun Syed Chocolate . |
![]() |
Ahli koperasi kami bertungkus-lumus dalam penyediaan Tun Syed Chocolate. |
![]() |
White Chocolate yang telah siap ! |
![]() |
Packing of White Chocolate. |
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)